Monday, January 16, 2017

Wednesday, March 25, 2015

Bekas pelajar SMKDSA batch 1973-75 telah melawat sekolah










Sekumpulan bekas pelajar SMKDSA batch 1973-75 telah melawat sekolah pada 17 Mac 2015 dalam rangka lawatan mereka ke negeri Perlis selepas 40 tahun meninggalakan sekolah. Mereka merupakan kumpulan pelajar luar dari negeri Perlis yang melalui pengajian Tingkatan 6 Sains selama 3 tahun. Pada masa tersebut mereka di tempatkan di beberapa buah asrama di kawasan Arau dan Kangar.
Pihak sekolah telah membuat pembentangan tentang perkembangan sekolah sehingga kini dan mereka berpeluang untuk melawat sekolah. Perasaan nostalgia timbul daripada cerita lama dan melihat beberapa blok yang masih tidak berubah walaupun sudah 40 tahun masa berlalu.