Wednesday, April 17, 2013

Sunday, February 24, 2013

Ujian Permata Pintar di buka sekarang

tarikh tutup 31 Mei 2014
 
Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai . Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.

Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman web   http://ukm1.permatapintar.edu.my/

 Syarat-syarat dan peraturan.
• Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.

 • Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor kelayakan, maka   pelajar tidak layak menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
• Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.

  Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.
Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut. Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh berhubung dengan En Abd Jalil

 

Harap Maklum.

 

Sekian terima kasih.


Wednesday, January 9, 2013

Peraturan Makmal Komputer


PERATURAN MAKMAL KOMPUTER BAGI GURU DAN STAF SOKONGAN

1.       Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

2.         Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

3.         Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

4.         Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

5.         Guru yang masuk menggunakan makmal hendaklah mengisi Buku Log Penggunaan Makmal Komputer ( Selain daripada P & P ).

6.         Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

7.         Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

8.         Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada Guru Penyelaras Bestari atau Juruteknik yang bertugas.

9.         Dilarang membuat bising di dalam makmal.

10.      Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.

11.      Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.

12.      Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

13.      Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

14.      Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh Juruteknik

15.      Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.